Galeri
3
P
Potato Wedges
VOL 23 Video 9:16 30 Minit Chef Abid

Potato Wedges

Potato Wedges — Resipi asli VOL 23 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (11)
4 Porsi
BAHAN 11
🛒
  • 600g kentang (±3 biji besar)
    💡
  • 5g garam (½ sudu besar) (merebus kentang) Air secukupnya (merebus kentang) Minyak zaitun secukupnya Campuran Perasa
    💡
  • 2g garam (±⅔ sudu kecil)
    💡
  • 1g serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
    💡
  • 5g serbuk paprika (1 sudu besar)
    💡
  • 5g serbuk bawang putih (1 sudu besar)/ 2 ulas bawang putih - parut
    💡
  • 3g parsley kering (1 sudu besar)
    💡
  • 1g oregano kering (½ sudu kecil)
    💡
  • 15g serbuk roti (5 sudu besar)
    💡
  • 20g tepung jagung (2 sudu besar)
    💡
  • 30g keju Parmesan parut (6 sudu besar)
    💡
1

Kupas kentang (jika suka) dan potong mengikut saiz kentang wedges yang diingini.

2

Masukkan kentang dan air secukupnya (kentang tenggelam) masukkan garam, kemudian rebus sehingga hampir empuk. Anggaran 8-10minit (sekitar 70–80% masak). Toskan.

3

Biarkan kentang kering seketika sehingga wap hilang.

4

Gaulkan kentang dengan minyak zaitun.

5

Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan campuran perasa.

6

Masukkan kentang ke dalam campuran perasa dan gaul hingga setiap batang kentang bersalut rata. Boleh masukkan kentang dan bahan perasa dalam plastik. Kemudian goncangkan plastik sehingga semua bahan sebati.

7

Susun kentang di atas dulang pembakar atau bakul air fryer dalam satu lapisan. A. Bakar Guna Air Fryer

8

Panaskan airfryer seketika.

9

Masak pada 200°C selama 15–20 minit.

10

Goncang atau balikkan kentang separuh masa memasak supaya masak sekata.

11

Selepas masak, biarkan 2–3 minit sebelum dihidang untuk hasil yang lebih rangup. B. Bakar Guna Oven

12

Panaskan oven betul-betul dahulu (200–220°C).

13

Gunakan mode kipas / convection jika ada.

14

Susun satu lapisan sahaja, jangan bertindih. Bakar 20–30 minit.

15

Balikkan separuh masa (contoh selepas 12–15 minit). Naikkan ke 220°C 3–5 minit terakhir untuk efek “crisp”. C. Goreng Dalam Minyak Goreng dalam minyak panas pada suhu 170–180°C sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan atas rak atau tisu dapur.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Potato Wedges

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!