Galeri
3
C
VOL 22 Video 9:16 30 Minit • Chef Abid

Cucur Sayur Rangup

Cucur Sayur Rangup — Resipi asli VOL 22 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (15)
4 Porsi
BAHAN 9
🛒
  • 150g kubis (dihiris halus)
    💡
  • ½ batang lobak merah (diparut)
    💡
  • 1 biji cili merah/hijau (dihiris nipis) - boleh diabaikan. Jika tidak menggunakan
    💡
  • cili, tambah ½ sudu kecil serbuk lada putih ke dalam bancuhan tepung
    💡
  • 10-15 batang kucai (dipotong kasar)
    💡
  • 100g taugeh
    💡
  • ½ biji bawang Holland (dicincang)
    💡
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
    💡
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
    💡
BANCUHAN TEPUNG 6
🛒
  • 1½ cawan tepung gandum
    💡
  • 1 sudu kecil tepung jagung
    💡
  • ½ sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
    💡
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    💡
  • 1 sudu kecil garam
    💡
  • 1 cawan air (suhu bilik sahaja- kalau cuaca sangat panas guna air sejuk)
    💡
1

Satukan semua bahan bancuhan tepung di dalam mangkuk. Kacau sehingga menjadi adunan yang licin dan tidak berketul.

2

Masukkan kubis, lobak merah, cili, kucai, taugeh, bawang Holland, bawang putih dan bawang goreng (jika menggunakan).

3

Gaul sehingga semua sayur bersalut rata dengan adunan tepung.

4

Panaskan minyak dengan api sederhana.

5

Cedok satu sudu adunan dan perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak panas.

6

Goreng sehingga kedua-dua belah cucur berwarna kuning keemasan dan rangup.

7

Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan. Tips

8

Jangan bancuh adunan terlalu cair supaya cucur lebih rangup.

9

Gunakan minyak yang benar-benar panas sebelum mula menggoreng.

10

Goreng menggunakan api sederhana supaya cucur masak sekata tanpa cepat hangus.

11

Paling sedap dimakan panas-panas bersama sos Cicah homemade atau sambal kicap.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid ✦ Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑 ✦
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Cucur Sayur Rangup

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

● Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!