Galeri
3
P
Pentol Goreng Viral
VOL 21 Video 9:16 25 Minit Chef Abid

Pentol Goreng Viral

Pentol Goreng Viral — Resipi asli VOL 21 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (14)
4 Porsi
BAHAN PES TEPUNG (BIANG) 9
🛒
  • 8 ulas bawang putih
    💡
  • 6 biji bawang merah
    💡
  • 2 sudu besar tepung beras
    💡
  • 4 sudu besar air
    💡
  • 1 sudu kecil garam
    💡
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
    💡
  • ½ sudu kecil perasa (pilihan)
    💡
  • ½ sudu kecil gula pasir
    💡
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    💡
BAHAN ADUNAN PENTOL 5
🛒
  • 1 biji telur (Gred A/B)
    💡
  • 250g tepung ubi kayu (tapioka)
    💡
  • 50g tepung gandum
    💡
  • 3 batang daun bawang, dihiris halus
    💡
  • Kicap masin secukup rasa
    💡
1

Kisar kering/tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga halus.

2

Dalam mangkuk, campurkan air dan tepung beras. Ketepikan.

3

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.

4

Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam tumisan. Masukkan garam, serbuk pati ayam, perasa, gula pasir dan serbuk lada hitam. Masak sambil dikacau sehingga adunan kering dan seperti doh. Pindahkan ke mangkuk dan biarkan suam.

5

Apabila adunan biang telah sejuk, masukkan telur, kicap masin, tepung gandum dan tepung ubi kayu. Gaul sehingga sebati. Masukkan daun bawang dan gaul rata.

6

Sapukan sedikit minyak atau tepung ubi pada tangan. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.

7

Panaskan air (tak perlu mendidih, api kecil). Masukkan terus bebola pentol dan rebus sehingga semuanya terapung. Selepas timbul, biarkan lagi 2 minit. Angkat dan toskan. Gaulkan sedikit minyak supaya tidak melekat.

8

Cucuk pentol pada lidi satay (optional) dan goreng dengan api sederhana sehingga permukaan menjadi garing dan keemasan. Siap.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Pentol Goreng Viral

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!