Galeri
3
R
Roti Paung Express
VOL 17 Video 9:16 30 Minit Chef Abid

Roti Paung Express

Roti Paung Express — Resipi asli VOL 17 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (8)
4 Porsi
Bahan Diperlukan 7
🛒
  • tepung gandum (≈ 2 1/2 cups, tidak padat)
    💡
  • susu segar suam (not hot) (≈ 1/2 cup + 2 sudu besar)
    💡
  • telur
    💡
  • butter (≈ 3 1/2 sudu besar)
    💡
  • yis (instant/active dried yeast) (≈ 2 sudu kecil)
    💡
  • gula (≈ 2 1/2 sudu besar)
    💡
  • garam (≈ 1 sudu kecil)
    💡
Untuk sapuan (Egg wash, optional) 1
🛒
  • telur (dipukul sedikit)
    💡
1

[A. Sediakan Doh] Dalam mangkuk besar, masukkan susu suam, gula, yis, telur, garam, butter, dan tepung.

2

Gaul hingga menjadi doh kasar.

3

Alihkan doh ke permukaan kerja bersih, uli doh sehingga lembut dan elastik. Anggaran 10-15minit.

4

Doh yang cukup uli akan boleh diregang menjadi membran nipis tanpa koyak (windowpane test).

5

Doh masih sticky sedikit, tapi permukaan licin.

6

[B. Bahagikan dan Bentuk Doh] Bahagikan doh kepada 13 bahagian sama berat (~47g setiap satu).

7

Bentuk setiap bahagian menjadi bulatan kecil, lipat tepi doh ke tengah supaya bahagian atas licin.

8

Susun doh di atas loyang yang telah disapu mentega atau dialas parchment paper. Abid guna loyang bulat 9inci.

9

C. Proof Doh (Fermentasi Cepat = OVEN STEAMING)

10

Tutup loyang dengan cling film atau kain lembap.

11

Letakkan loyang di dalam oven yang hangat, bukan panas: Hidupkan oven pada suhu paling rendah (contoh: 50°C / 120°F). Setelah oven panas, tutup dan matikan oven, buka sedikit pintu dan masukkan loyang.

12

Suhu dalam oven kini sekitar 30°C / 85°F – sesuai untuk proofing.

13

Biarkan doh naik selama 25 minit. Doh akan naik dengan cantik, gebu dan lembut.

14

[D. Panaskan Oven dan Sapuan Telur] Panaskan oven ke 180°C / 350°F. Selama 10minit.

15

Sebelum bakar, sapukan egg wash pada permukaan doh untuk hasil keemasan.

16

E. Bakar Doh

17

Bakar 20–22 minit pada 180°C / 350°F. Rak tengah. Off kipas set api atas bawah. Biasanya pada masa ke 17 minit, atas doh mula keperangan – jangan anggap dah siap. Pastikan bakar sampai matang sepenuhnya.

18

Setelah keluar dari oven, sapu mentega cair pada atas rolls untuk lebih lembut dan wangi.

19

Alih ke cooling rack dan hidang hangat.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Roti Paung Express

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!