Galeri
3
C
Chewy Fruity Cookies
VOL 17 Video 9:16 30 Minit • Chef Abid

Chewy Fruity Cookies

Chewy Fruity Cookies — Resipi asli VOL 17 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (12)
4 Porsi
🛒 Bahan Diperlukan
  • tepung gandum serbaguna (± 1½ cawan)
    💡
  • baking soda
    💡
  • garam
    💡
  • mentega tanpa garam (½ cawan, dilembutkan)
    💡
  • gula perang (½ cawan, dipadatkan)
    💡
  • gula putih (½ cawan)
    💡
  • telur
    💡
  • esen vanila
    💡
  • serbuk kayu manis / ¼ sudu kecil jika guna all spice powder
    💡
  • serbuk buah pala (nutmeg) atau all spice powder
    💡
  • Parutan kulit 1 biji oren/lemon
    💡
  • campuran buah kering & kekacang (kismis, mixed fruits, cranberry, aprikot kering, wallnuts)
    💡
1

Pukul mentega, gula perang dan gula putih hingga kembang dan pucat (± 3–4 minit).

2

Masukkan serbuk kayu manis, serbuk buah pala, parutan kulit oren dan esen vanila. Tekstur perlu jadi lembut macam krim.

3

Masukkan telur dan pukul sekadar sebati sahaja. Jangan overmix — jika terlalu lama, cookies akan jadi lebih ke arah kek, bukan chewy.

4

Masukkan semua buah kering dan kekacang. Gaul perlahan guna spatula hingga rata.

5

Ayak dan gaul tepung gandum, baking soda dan garam dalam bekas berasingan. Masukkan ke dalam adunan basah sedikit demi sedikit.

6

Gaul pada kelajuan perlahan sehingga sebati.

7

Rehatkan Doh. Simpan doh dalam peti sejuk selama 20 minit. Ini bantu cookies tak melebar berlebihan dan kekal tebal & chewy.

8

Panaskan oven pada 175°C. Alas dulang dengan baking paper.

9

Scoop doh 1 sudu besar penuh, jarakkan ± 2 inci.

10

Bakar selama 15–16 minit hingga bahagian tepi keperangan ringan. Bahagian tengah nampak lembut – itu normal.

11

Biarkan atas dulang 5 minit, cookies akan mendap sedikit dan jadi lebih kenyal di tengah.

12

Alihkan ke rak dawai selepas dan sejuk sepenuhnya. Siap.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid ✦ Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑 ✦
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Chewy Fruity Cookies

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

● Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!