Galeri
3
R
Roti Canai 2.0 (express)
VOL 16 Video 9:16 30 Minit Chef Abid

Roti Canai 2.0 (express)

Roti Canai 2.0 (express) — Resipi asli VOL 16 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (4)
4 Porsi
🛒 Bahan Diperlukan
💡🇲🇾
Alternatif Ramuan Autentik Malaysia
Cadangan bahan gantian terbukti dengan nisbah sukatan & petua kulinari chef
🫒 Minyak Masak Biasa
Tenusu & Lemak Masakan
Minyak Kelapa Sawit Merah / Minyak Zaitun Masakan (Light) Pilihan Sihat
⚖️ Nisbah: 1:1 sukatan sama
✨ Titik asap tinggi yang stabil untuk menumis rempah ratus tanpa bau hangit.
Sesuai untuk: Tumisan sambal, rendang, gulai kari, gorengan ikan
💡 Petua Chef: Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menumis bahan kisar agar rempah masak garing dan tidak menyerap minyak berlebihan.
  • air ( ±1 cawan, suhu bilik)
    💡
  • garam (1 sudu kecil)
    💡
  • tepung gandum (± 3 cawan, jangan mampat)
    💡
  • minyak (6 sudu besar – minyak sayur/minyak masak)
    🫒 Alternatif Minyak Masak Biasa: Tenusu & Lemak Masakan
    Minyak Kelapa Sawit Merah / Minyak Zaitun Masakan (Light) Pilihan Sihat
    ⚖️ Nisbah: 1:1 sukatan sama
    Titik asap tinggi yang stabil untuk menumis rempah ratus tanpa bau hangit.
    💡 Petua: Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menumis bahan kisar agar rempah masak garing dan tidak menyerap minyak berlebihan.
    💡
1

[A. Cara Penyediaan Doh] Dalam mangkuk besar, masukkan air dan garam, kacau hingga garam larut.

2

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh kasar.

3

Pindahkan doh ke permukaan bersih dan uli selama 3–4 minit sehingga doh: licin lembut

4

sedikit melekat (sticky sikit tak apa)

5

Tak perlu sampai dapat windowpane test, cukup pastikan tiada bahagian kering atau berketul.

6

Tutup doh dan rehatkan selama 15 minit.

7

Selepas rehat, buat teknik slap & fold beberapa kali sehingga doh jadi lebih licin dan tidak melekat.

8

Doh sedia untuk dibahagi.

9

[B. Membahagi Doh] Bahagikan doh kepada 12 bahagian sama besar.

10

Bentukkan setiap bahagian menjadi bebola kecil dengan melipat bahagian tepi ke bawah.

11

Tutup bebola doh dengan kain lembap supaya tidak kering.

12

[C. Membentuk Doh Leper] Masukkan 4–5 sudu besar minyak ke dalam mangkuk kecil yang dalam.

13

Sapu sedikit minyak pada tangan.

14

Leperkan setiap bebola doh menjadi bulat kecil (± 8 cm diameter).

15

Masukkan doh leper ke dalam minyak dan pastikan ia bersalut minyak.

16

Tutup dan rehatkan selama 15 minit. Rehat dalam minyak membantu gluten relaks dan memudahkan doh ditarik nipis tanpa koyak.

17

[D. Membentuk “Rose Roll”] Sapu sedikit minyak di permukaan untuk tebar roti canai.

18

Ambil satu doh leper, tekan dengan tapak tangan atau canai sedikit.

19

Tarik dan regangkan doh perlahan-lahan dari tengah ke tepi hingga menjadi nipis.

20

Sapu 1–1½ sudu kecil minyak ke seluruh permukaan doh.

21

Lipat doh beralun/berpleat dari satu sisi ke sisi lain.

22

Gulung doh tadi menjadi bentuk pusar seperti bunga ros.

23

Ulang langkah sama untuk semua doh.

24

Canai Akhir. Ambil “rose roll” dan tekan perlahan hingga menjadi bulat (± 12–14 cm diameter).

25

E. Memasak Roti Canai

26

Panaskan kuali leper dengan api sederhana kuat.

27

Letakkan roti canai dan masak hingga bahagian bawah keperangan keemasan.

28

Terbalikkan dan masak bahagian satu lagi.

29

Terbalikkan beberapa kali hingga masak sekata.

30

Tak perlu tambah minyak kerana doh sudah mengandungi minyak.

31

Jika nampak kering, boleh sapu sedikit minyak. Kurang minyak akan buat roti cepat gelap dan tidak rangup.

32

F. Langkah Penting Membentuk Lapisan Rangup

33

Angkat roti canai dan letakkan di atas papan kayu.

34

Ketika masih panas suam, ramas dan tepuk perlahan dengan kedua tapak tangan.

35

Langkah ini akan memisahkan lapisan dan menjadikan roti lebih berlapis Hasilnya

36

Dalam lembut & lembap

37

Luar rangup & berlapis

38

Lapisan jelas dan cantik

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Roti Canai 2.0 (express)

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!