Galeri
3
T
Thai Spicy Chicken Rice Bowl
VOL 16 Video 9:16 30 Minit Chef Abid

Thai Spicy Chicken Rice Bowl

Thai Spicy Chicken Rice Bowl — Resipi asli VOL 16 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (24)
4 Porsi
Bahan Perapan Ayam 5
🛒
  • isi ayam (boneless), potong kiub ±2.5 cm
    💡
  • sos ikan
    💡
  • gula
    💡
  • air
    💡
  • Minyak untuk menggoreng
    💡
Bahan Salut Tepung 14
🛒
  • tepung gandum
    💡
  • tepung jagung
    💡
  • paprika
    💡
  • serbuk cili / cayenne (ikut tahap pedas)
    💡
  • serbuk bawang putih
    💡
  • lada putih
    💡
  • baking powder
    💡
  • Serbuk Beras Panggang (Toasted Rice Powder)
    💡
  • beras jasmine (jika ada) mentah
    💡
  • daun limau purut
    💡
  • Sos Cair Special
    💡
  • ½ sudu besar sos ikan
    💡
  • ½ sudu besar jus limau nipis
    💡
  • gula
    💡
Bahan untuk hidang 4
🛒
  • Daun ketumbar (Hiris)
    💡
  • Daun pudina/ atau daun bawang (Hiris)
    💡
  • serbuk pati ayam
    💡
  • Serbuk cili / chili flakes secukupnya (Hiris)
    💡
Bancuhan sos cair special (langkah D) 1
🛒
  • Serbuk Beras Panggang (Toasted Rice Powder) (Langkah C)
    💡
1

Ayam

2

Satukan ayam, air, gula dan sos ikan. Gaul sebati.

3

Perap minimum 20 minit atau boleh simpan semalaman dalam peti sejuk untuk rasa lebih padu.

4

[Cara Salut Tepung] Setelah ayam dah siap di perap. Gaul rata semua bahan kering di atas.

5

Masukkan ayam bersama air perapan sekali ke dalam tepung.

6

Gaul menggunakan penyepit (tongs) hingga setiap ketul ayam bersalut tepung dan tidak melekat antara satu sama lain.

7

Rehatkan Ayam. Angkat ayam satu per satu dan susun atas dulang dalam satu lapisan. Jika ada bahagian tak bersalut sempurna, gaul semula dengan tepung.

8

Rehatkan 10-15minit. Langkah ini penting supaya tepung “melekat” dan tidak tanggal semasa digoreng.

9

[Cara Goreng Ayam] Goreng Ayam – Pusingan Pertama. Panaskan minyak ±2.5 cm dalam periuk/kuali hingga 175°C.

10

Goreng ayam berperingkat (2–3 batch) supaya minyak tidak turun suhu. Goreng selama 2 minit hingga ayam masak dan keemasan.

11

Angkat dan toskan atas rak atau tisu dapur.

12

Goreng Ayam – Pusingan Kedua (Double Fry) Biarkan ayam sejuk sekurang-kurangnya 5 minit.

13

Panaskan semula minyak ke 175°C dan goreng ayam 1 minit sahaja untuk extra rangup. Angkat dan toskan.

14

[Cara Buat Serbuk Beras Panggang] Panaskan kuali kecil.

15

Masukkan beras mentah dan daun limau purut. Sangai atas api sederhana kuat sambil sentiasa dikacau.

16

Bila daun limau kering dan rangup, keluarkan dahulu.

17

Teruskan sangai beras hingga perang gelap dan wangi.

18

Sejukkan 1–2 minit, kemudian kisar beras dan daun limau hingga menjadi serbuk (halus tapi masih ada tekstur).

19

[Cara Buat Sos Cair Special] Campurkan semua bahan dan kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepikan seketika.

20

[Cara Hidang] Sediakan Campuran Serbuk Kering & Cecair (Langkah C & D)

21

Dalam mangkuk, masukkan: 1 sudu besar serbuk beras sangai, ¼ sudu kecil serbuk pati ayam, Serbuk cili / chili flakes secukupnya

22

Kemudian masukkan: 1 sudu besar + ¾ sudu kecil (±19 ml) sos cecair (Langkah D) Gaul hingga menjadi pes pekat (slurry).

23

Gaul Ayam Masukkan 120 g ayam goreng rangup. Gaul cepat menggunakan sudu hingga ayam bersalut rata. Kikis bahagian tepi mangkuk 1–2 kali supaya semua sos melekat pada ayam.

24

Masukkan daun-daun yang ada, Gaul sebati.

25

Hidangkan ayam pedas Thai segera di atas nasi panas.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Thai Spicy Chicken Rice Bowl

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!