Galeri
3
E
Easy Cordon Bleu
VOL 15 Video 9:16 30 Minit • Chef Abid

Easy Cordon Bleu

Easy Cordon Bleu — Resipi asli VOL 15 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (9)
4 Porsi
🛒 Bahan Diperlukan
  • breadcrumbs (35g)
    💡
  • butter cair
    💡
  • garam
    💡
  • lada hitam
    💡
  • dada ayam tanpa tulang & kulit
    💡
  • keju pilihan (Jenis slice)
    💡
  • hirisan turkey slices/smoke beef (4 keping)
    💡
  • ½ sudu besar tepung gandum (20g)
    💡
  • telur (dipukul)
    💡
1

Panaskan oven pada suhu 375°F (190°C). Sediakan wire rack di atas loyang berbingkai. Set api atas bawah dan off kipas jika boleh.

2

Dalam bekas campurkan Breadcrumbs, butter cair, garam, dan lada hitam. Ketepikan.

3

Sediakan ayam. Belah butterfly setiap dada ayam, tetapi jangan sampai terputus sepenuhnya.

4

Buka ayam seperti buku, letak plastik wrap di atasnya dan pukul hingga setebal ¼ inci (lebih kurang 0.6 cm).

5

Dengan bahagian dalam ayam menghadap ke atas

6

Letakkan lapisan keju yang jenis slice

7

Susun hirisan turkey slices/smoke beef di atas keju.

8

Gulung ayam ketat seperti swiss roll.

9

Semat bahagian sambungan dengan toothpick.

10

Salutan ayam

11

° Masukkan tepung dalam satu bekas.

12

° Telur dipukul dalam satu bekas lain.

13

° Salut ayam dalam tepung, kemudian telur, kemudian bread crumb sehingga rata.

14

Susun gulungan ayam di atas wire rack. Letakkan ayam di rak tengah dalam oven.

15

Bakar selama 35-45 minit atau sehingga Warna keemasan.

16

Dah siap bakar, rehatkan seketika anggaran 5-10minit. Kemudian boleh hidangkan bersama sos pilihan dan salad.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid ✦ Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑 ✦
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Easy Cordon Bleu

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

● Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!