Galeri
3
E
Easy Flan (Crème Caramel)
VOL 15 Video 9:16 30 Minit Chef Abid

Easy Flan (Crème Caramel)

Easy Flan (Crème Caramel) — Resipi asli VOL 15 teruji Chef Abid dengan panduan sukatan tepat.

Sukatan Bahan (8)
4 Porsi
Bahan Karamel 2
🛒
  • gula
    💡
  • air
    💡
Bahan Puding (Custard) 6
🛒
  • telur (gred A/B)
    💡
  • gula pasir
    💡
  • susu segar (500 ml)
    💡
  • esen vanilla
    💡
  • garam
    💡
  • 6 ramekin (bekas yang bersesuaian)
    💡
1

[Cara sediakan karamel] Tuangkan gula dan air. Kacau sehingga gula larut.

2

Panaskan sirap gula tersebut untuk membuat karamel dalam periuk sos (sauce pan) atas api sederhana perlahan.

3

Apabila ia mula berkaremel, jangan kacau — hanya goyangkan periuk dengan perlahan.

4

Jangan biarkan warna terlalu gelap kerana ia akan menjadi pahit. Bila warna sudah menjadi keemasan yang cantik, angkat dari api.

5

Tuangkan karamel yang telah siap ke dalam ramekin atau acuan pilihan anda.

6

Goyangkan acuan supaya dasar acuan disalut karamel secara rata.

7

[Cara sediakan custard (puding)] Dalam mangkuk, kacau telur dan esen vanila sehingga sebati. Ketepikan.

8

Panaskan susu, gula dan garam. Api perlahan cukup sekadar naik asap sikit. Jangan sampai mendidih. Tutup api.

9

Tuang bancuhan susu panas perlahan-lahan ke dalam campuran telur sambil dikacau (untuk elak telur masak terlalu cepat).

10

Kemudian tapis custard ke dalam mangkuk lain untuk memastikan tekstur licin dan halus.

11

[Cara Bakar Puding Karamel (Water Bath)] Tuang custard ke dalam ramekin yang telah di isi dengan karamel (gula hangus) yang telah dibuat awal tadi. Tuang perlahan-lahan. Boleh tapis juga kalau suka.

12

Letakkan ramekin dalam dulang pembakar dan tuang air panas sehingga menutupi separuh tinggi ramekin (kaedah water bath).

13

Bakar dalam Pre heated oven 140°C-160°C rak tengah, selama 30-50minit, sehingga custard set tetapi bahagian tengah masih sedikit bergoyang. Bergantung saiz ramekin, masa dan suhu juga akan berbeza.

14

Keluarkan ramekin dan biarkan sejuk sepenuhnya. Tutup permukaan creme caramel dengan cling wrap.

15

Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3-4 jam atau semalaman.

16

Jika nak kukus (Water bath)

17

Panaskan kukusan. Tuang custard ke dalam ramekin yang telah berisi gula hangus.

18

Tutup permukaan ramekin dengan aluminium foil untuk elak wap menitik ke atas custard.

19

Letakkan ramekin dalam dulang berisi air. Kemudian masuk dalam pengukus.

20

Kukus dengan api sederhana-rendah selama 35-45 minit sehingga custard set tetapi masih sedikit bergoyang di tengah.

21

Keluarkan ramekin, biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti ais 3-4 jam atau semalaman.

4.9 / 5.0 (56 ulasan)
✓ 98% Berjaya Recook Sempurna
Tag Rasa Komuniti (Auto-Dipadankan dengan Suara):
Tekan untuk bersuara (ms-MY)

Perbincangan & Soalan

3
S
Siti Sarah 2 jam lalu

Dah cuba petua sambal tumis Chef tadi, memang betul-betul berkilat dan tak pedas melampau!

A
Azlan Shah Semalam

Petai tu kena rebus sekejap ke Chef sebelum masuk dalam sambal?

Chef Abid Semalam

Tak perlu Azlan! Masuk terus mentah masa udang dah separuh masak supaya petai kekal rangup dan wangi.

👑
Tahniah! Resipi Berjaya Disempurnakan

Easy Flan (Crème Caramel)

Hidangan panas sedia dinikmati! Kongsi hasil kulinari anda bersama komuniti dan kemas kini stok pantri.

Lencana Kulinari Studio 2026 Disahkan
🍱 Penjana Resipi Bahan Baki

Pilih 2 hingga 4 bahan baki dalam peti sejuk anda. Chef Abid akan menjana resipi pantas 10-minit untuk mengelakkan pembaziran!